Wednesday, 21 December 2011

[Gambar] Mahasiswa selar Mahasiswa Kurang Ajar!





Mahasiswa yang benar-benar mewakili suara majoriti mahasiswa


Komen blogger Double-Y

Tahniah buat mahasiswa Pro-Aspirasi yang berjaya menonjolkan diri mereka hari ini di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi.


Sepanjang pemerhatian perhimpunan yang diadakan oleh kumpulan mahasiswa pro-Aspirasi siang tadi dilihat lebih teratur dan lebih aman jika hendak dibandingkan dengan tindakan yang dilakukan oleh 'mahasewel' SMM.


Tiada gangguan trafik....


Tiada peniaga terjejas...


Tiada peniaga marah-marah...


Inilah baru dikatakan perhimpunan aman...


Oh...video macam tergantung... tunggu sambungan ok!


Hahahaha...!


Tahniah PDRM kerana membantu menjaga keselamatan para mahasiswa sepanjang berlangsungnya perhimpunan di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi siang tadi.


YY : Gembira melihat kebangkitan mahasiswa pro-Aspirasi...


Video oleh blogger 1Peluru. Lebih banyak gambar di blog Apa dan Agenda Daily.


Turut menyiarkan berita mengenai KPT tadi adalah







PUTRAJAYA: Lebih 500 mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berhimpun secara aman di perkarangan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi di sini untuk menunjukkan sokongan padu terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

"Himpunan Aman Sokong PM" anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Asipirasi Malaysia (ASPIRASI) dan disokong badan-badan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada Najib melalui Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kumpulan itu turut menyerahkan satu lagi memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, dan mendesak beliau meletak jawatan kerana dikatakan melayan kerenah dan tuntutan ahli kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) Sabtu lalu.

Perhimpunan hari ini yang bermula kira-kira 2.30 petang itu menyaksikan kumpulan itu melaungkan "We Love PM" serta menyanyikan lagu "Rasa Sayang" yang ditujukan khas kepada Perdana Menteri. Selain itu, kain rentang dengan menulis "We Love Prime Minister" turut kelihatan.

Presiden ASPIRASI, Mohd Shahar Abdullah, menyerahkan memorandum tersebut kepada Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Khairi A Malik manakala memorandum kepada Saifuddin diserahkan kepada Setiausaha Sulit Kanan beliau, Mohd Nazri Noh.

Mohd Shahar berkata, Himpunan Aman Sokong PM hari ini adalah satu tanda sokongan padu dan keyakinan golongan muda terhadap kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.

"Kita sokong Perdana Menteri tidak berbelah bahagi dan sesiapa yang mengusik PM kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan untuk menentang mereka. "Ini adalah suara mahasiswa dan anak-anak muda. Kami akan terus mempertahankan negara Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam memorandum itu, kumpulan itu menyatakan sokongan mahasiswa kepada Perdana Menteri dan berdukacita di atas insiden penurunan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan menaikkan bendera kumpulan pelampau mahasiswa.

Kumpulan itu turut mengemukakan tujuh tuntutan termasuk mengambil tindakan berdasarkan undang-undang dan peraturan sedia ada kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bertindak keterlaluan dengan menurunkan bendera Perdana Menteri dan menaikkan bendera SSM dan BEBAS.

Sementara itu, Pergerakan Puteri UMNO turut menyerahkan memorandum kepada Khaled Nordin untuk membantah tindakan mahasiswa menurunkan bendera Najib.

Dalam memorandum bantahan itu, Puteri UMNO mendesak kementerian itu bertindak tegas menangani isu mahasiswa dan tidak terlalu berlembut memenuhi tuntutan mereka.

EXCO Pergerakan Puteri UMNO merangkap Pengerusi Biro Pelajaran Pergerakan Puteri UMNO, Seriwani Sabtu, mengetuai EXCO Puteri UMNO menyerahkan memorandum tersebut kepada Khairi di pejabatnya kira-kira 4.30 petang tadi.

Sabtu lalu, 200 peserta SMM dan BEBAS yang membabitkan penuntut di institusi pengajian tinggi telah menyerahkan memorandum berhubung AUKU ke Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Kumpulan itu ke PWTC untuk menyerahkan memorandum sama kepada Saifuddin, sebelum seorang daripada mereka menurunkan bendera memaparkan gambar Najib dan menggantikannya dengan bendera SMM dan BEBAS. - BERNAMA

HASSAN ALI: Islam, Melayu dan institusi Raja perjuanganku...



EXCO Adama kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor DATUK HASSAN ALI menyatakan dengan jelas akan prinsip perjuangannya dalam temubual Ekslusif dengan TV3 iaitu beliau tetap memperjuangkan
ISLAM...MELAYU...INSTITUSI RAJA hingga sanggup mempertaruhkan jiwanya.!..
Sama macam kita UMNO jugak kan...so..???
Hassan Ali tak perlu masuk UMNO..
tapi ajak ahli PAS TOLAK perjuangan PAS yg dipimpin puak erdogan pro anwar...
TOLAK ulamak yang dah nyanyok dan tunduk melutut dengan DAP...
dan gabungkan PAS baru yang berjuang sama dengan UMNO tentang PKR dan DAP gabis-habisan..
Kepada ahli dan penyokong PAS...sedar dan insaflah..anda mempunyai pilihan dan peluang sekali lagi yang dikurniakan oleh Allah SWT...
TEPUK DADA TANYA IMAN....
Perpaduan Umat Islam dan Melayu itu lebih penting bagi kamu atau....
Kecelaruan pejuangan yg menunduk keada kafir harbi DAP....???

Saturday, 9 July 2011

Aduhai Bangsa ku

sedih..kecewa...terkilan ......
aku sendiri tidak mengerti.....
mengapa bisa bergini...............
adakah kita lupa......atau buat2 lupa......
mengapa bergini?
dan berginikan cara kita?
mengapa jalan ini yang di pilih........
adakah sejarah tidak mengajar kita.......
wahai melayu...
bangsa yang sangat hebat.....
dari dahulu kita cuba dihancurkan...
namun iada yang mampu kerana darah kepahlawanan yang mengalir itu sangat kuat...
namun sampai bilakah....
dari dulu kita di duga 13 mei...gagal menjatuhkan MELAYU
maka apa yang jelas kini...
mengunakan orang melayu untuk menjatuhkan orang melayu itu sendiri...
sekiranya kita masih mimpi lagi..
maka kita akan hancur
wahai sahabat........
ayuh aku hulurkan tangan ku...
mari kita bersatu menahankan negara kita....

Friday, 10 June 2011

Berkata Dan Mengata

Hakikatnya
Berkata Dan Mengata
Adalah Perkara Yang Sama.....
kedua-duanya mengalami proses yang sama
dimana apa yang di proseskan di dalam otak
di keluarkan secara spotan
kadang-kadang emosi mengganggu 
PERCAKAPAN 
kita

Terpulang bagi sesuatu individu itu sendiri
kehendaknya untuk 
BERKATA
@
MENGATA
hakikat yang perlu di ingat bahawa kedua-duanya akan
memberi kesan yang
POSITIVE dan NEGATIVE.

"LIDAH ITU SETAJAM PISAU
hakikat dan realitinya
ianya benar
hanya kerana lidah itu ianya mampu menguris perasaan orang lain
tanpa kita sedari...




Monday, 2 May 2011

kisah si ayam sabung...

berkisah cerita si ayam sabung,
kalian pasti tahu apa itu ayam sabungkan,
penah kalian melihatnya,
bagaimana kegagahannya,
sampai seluruh orang di sekelilingnya teriak memberi sokongan....
hebat bukan si ayam sabung...............
jalanya saja sudah menunjukkan ianya seekor pahlawan yang hebat.
kokokan nya mampu mengentarkan pihak lawan.....
hubat bukan si ayam sabung.....
sungguh hebat.........
adakah kita juga sehebat ayam sabung...
kalian cuba pejamkan mata
dan tanya pada hati
adakah kita sehebat ayam sabung....


YAAAA YAAA YAAAA
ayam sabung itu hebat
namun cuba fikirkan
ianya menunjukkan kegagahanya
namun apa yang ianya dapat
nama,
sanjungan,

haa haa haa,
itu laa berlaku kini,
kita sibuk bertikam lidah ,
tanpa kita ketahui
bahawa ada yang sedang bersorak melihat pertikaian kita ini,
ya betul "ayam sabung itu hebat"
tapi sedarkah
ayam sabung itu ianya sedang di gunakan,
ada yang bersorak hebat,
namun sejauh mane kehebatan ayam sabung itu,

cuba kalian renungkan,
ayam yang bersabung itu mungkin akan terkulai layu
namun yang bersorak itu
akan terus maju

ke hadapan,

apa gunanya kita segagah ayam sabung,
namun akhirnya kita terkulai
layu
dan hanya mampu melihat kejayaan penyorak....

jangan lah kita gagah hari ini,
tapi kita layu di hari kemudian........
kita sering terlupa
bahawa ada yang sentiasa memerhatikan kita,

Friday, 25 March 2011

Manusia itu terlalu tamak

Manusia.....manusia...
dah memang begitu sifat manusia
nak wat macam mane kan
biasa lah
membangkang no1
tapi bila ada keuntungan pada diri
yang di bangkang pun boleh jadi yang terbaik.
entah laa manusia nii
terlalu tamak.
bab membankang dia lah barisan depan tapi bila ada habuan dari yang di bangkang
dia laa barisan depan.
tak salah nak bangkang
tu hak masing2
tapi kalau dah beria-ria
membangkang
jangan laa nampak sangat bila
dan insetif ke ape.

Friday, 11 March 2011

Aku anak Felda

ada yang menyatakan bahawa
tuduhan yang sangat tidak berasas
jangan menjadi ahli sejarahwan sekiranya anda
tidak berilmu
jangan mengelirukan orang sekiranya anda tidak tahu,
biar kita bodoh
tapi jangan kita berlagak pandai.

biar anak felda ini berbicara.
aku anak felda
aku berterima kasih pada
tun razak
sekiranya keluarga ku dahulu
tidak berpeluang berda di tanah felda
mahukan kami sebagai perempat
bersyukur atas nikmat dan kurnian tuhan yang esa.

kerajaan telah banyak membantu aku untuk hidup walaupun tidak lah sekaya mana namun masih mampu meneruskan kehidupan.
aku sangat berhutang budi
terutama kepada felda
satu hari nanti aku mahu berbakti kepada kerajaan dan felda.

anda yang tidak mengetahui tetang pengorbanan mereka
tutup mulut anda
kerna apa yang anda bicarakan datang dari nafsu bukan dari hati.

bagi mereka yang berada di felda
ayuh fikirkan di mana kita tanpa FELDA

kehidupan ku, peluang bagi ku kerana felda
FELDA DI HATI KU