Wednesday, 15 December 2010

Sedikit rasa terkilan........=(

Suara yang bergema dengan penuh semangat memancing undi ..
Undi lah parti Kami...
Kami akan pastikan nasib rakyat terbela dan terjaga..
Yang miskin kita akan dikayakan...
dan yang kaya akan membantu yang miskin..
kita akan wujudkan satu perpaduan sebuah negara yang lebih aman dan damai.
waaaah..... waaaaauuuuu
semangat berkobar-kobar...
terima kasih pada Datuk & YB
janji di buat entah bila di kotakan.
Cukup lah sekiranya anda tidak mampu menunaikan apa yang di kotakan jangan berjanji...
jangan jadikan rakyat sebagai mangsa untuk anda terus berjaya...
kekecewaan lagi timbul.
apabila melihat apa yang berlaku di dewan rakyat.
Dewan RAKYAT saya sengaja bold rakyat kerana ini adalah tempat untuk membincangkan tetang nasib rakyat. Bukan ye untuk di persendakan . Jangan lah kami rakyat yang mampu melihat apa yang berlaku di dewan rakyat seolah-olah sebuah sekolah taska yang di mana gurunya terpaksa memekik2 untuk mendidik pelajar ye. Sayangnya itu lah yang berlaku.

Wai pemimpin-pemimpin yang hebat berbicara dengar lah luahan rakyat yang sangat kecewa.
tidak berniat untuk memburukkan.
cuma sekadar mengigatkan.
berhentilah....berbincanglah dengan cara yang lebih baik..
tunjukkan lah cara bahawa anda adalah seorang pemimpin..

kepada pihak dewan rakyat ,
saya mencadangkan agar satu kursus protocol di buat sebelum dewan rakyat bersidang...
mungkin ianya kan membantu melancarkan persidangan dewan.

CUKUPLAH......
wahai pemimpin..
cukuplah semua ini...
sudah sampai masanya kita berubah..
jangan lagi
rakyat di persendakan
rakyat ditindas
kerna anda adalah perisai yang membantu rakyat
maka sedari lah...
bangun lah dari tidur
bahawasanya anda bukan lagi kanak2.

No comments:

Post a Comment